Sunday, April 4, 2010

PENGALAMAN DI PEJABAT TABUNG HAJI...

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad SAW, penghulu 'anbiya dan juga para nabi.

bermulanya...

sabtu lepas, 3hb april, ALLAH memberikan saya kesempatan untuk bersama2 dengan beberapa orang rakan ke pejabat Tabung Haji, Bandar Baru Bangi, berkujungnya kami ke sana bukan sebagai kunjungan biasa, harapan kami sebelum pegi ialah untuk menjalankan khidmat masyarakat. Lebih kurang dalam pukul kami 8.30 kami berkumpul diperkarangan masjid, kak samsiah(pegawai pengurusan haji) datang mengambil kami untuk ke sana. kami berlima rasa segan la jugak, ya lah bukan nya pernah jumpa pon, ni 1st tyme la. apapun kak sam ni seorang yang peramah, pertanyaan beliau membuatkan keadaan dingin bertukar jadi mesra.

sesudah sampai kami dihidangkan dengan sarapan, alhamdulillah ALLAH bg rezeki pada awl pagi. selepas menjamu selera kami dipecahkan ke beberapa bahagian untuk menjalankan tugas kami. pada mulanya k.fizah, akma dan saya kena buat pemfailan, tapi kak jannah mintak saya menolong beliau dalam penyediaan surat untuk diposkan kepada para pelanggan tabung haji.
Saya ok je, ikut beliau, yg terkejutnya beliau persilakan saya dok atas kerusi pegawai... wah ni 1st tyme saya merasa dok atas kerusi pegawai ( at least klu xde rezeki nak jadi pegawai bank pon, xpela ALLAH dah bg peluang untuk saya merasainya, tima kasih ya ALLAH, nikmat yg KAU bg xterhingga).

" akak nak fifah taip surat, then print then masukkan surat tersebut berserta dengan buku tabung haji sekali dalam envelope untuk diposkan ya"
"baik kak"
erm, ni jugak 1st tyme saya blaja nak print dengan menggunakan mesin fotostat, nak masukkan kertas yang betul dalam tray, hah... jangan xtau, nak lipat surat pon ada style sendiri tau...fuhh...lety jugak ya kerja kat bank ni. xpe asalkan minat semua mesti senang kan.

Dalam tengah dok buat kerja, tiba2 mereka (staf kat tabung haji) ajak celebrate birthday seorang pak cik ni( lupa nama), mereka buat kejutan dengan menutup mana pak cik dan sediakan 1 biji kek...alahai sweet betul kan, event dah tua2 pon ada orang masih ingt birthday pak cik. mereka macam sangat baik sesama sendiri, walaupun masih kena kerja hari sabtu tapi mereka enjoy dengan kerja mereka, lebih tepat lagi dengan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. gurau senda dan nyanyian daripada seorang staf menampakkan bahawa mereka sangat rapat.



dalam pukul 5, kami semua pulang. kak sam yang hantarkan..
apa yang saya nak kongsikan kat sini dalam kita berorganisasi ni kita jaga hubungan perusahaan (Industrial relation), hubungan kita sesama pekerja dan majikan, saya kagum la dengan mereka, meraka mengamalkan prinsip ini dalam organisasi mereka.
jangan kita lupa juga, Islam pon ada ajar kita pasal konsep takruf(berkenalan), tafahum(memahami) dan tahfiz(bergerak kerja).
indahnya islam 2 ya, lengkap...

1 comments:

shima said...

sonoknye fifa g sana
jelesnye... huhu
dapat peluang camni
so dapat tmbh pengetahuan n pengalaman.
;)