Saturday, January 30, 2010

"jangan bercakap pasal perjuangan jika takut untuk berkorban"

Assalamuailaikum....

rasanya dah lama ak xjenguk my blog, hari ni baru ad kesempatan untuk post new entry..bkn menghilang tapi mencari keyakinan n muhasabah dr.
ak dah byk berubah rasanya, ak makin lalai rasanya, ALLAH menguji sikit ngan result ak dah mula nak lari... maafkan ak sahabat2. ak rasa bersalah ngan kalian.. tyme ak masuk kuliah tgk sahabat2 yg lain dok edar poster n flyers ak rasa malu, sedih, nape la ak sekejam ni??? sanggup tgk shbt2 ak lain bekerja keras untuk menang pilihanraya tp ak mcm rilex je...

" anti pikir la sendiri, buat keputusan sendiri, ana boleh bg nasihat je"

sungguh ak terkesan ngan msg tersebut..yg sebenarnya ak bkn lg dr perjuangan tp ak perlukan sedikit masa untuk muhasabah dr ini yg serba kekurangan, ak xnak berjuang atas dasar semangat semata2. moga ALLAH sentiasa menjaga niat hati ku ini,tidak diusik ngan anasir2 luar..

Ak bersyukur ngan rahmat MU ya ALLAH, ak masih lagi diberi sedikit masa n ruang untuk bersama2 sahabt yg lain berjuang menentang kezaliman... piliharaya kampus masih lagi dalam situasi pending, bantahan telah dibuat, kita nantikan keputusannya hari isnin ni, sama2 lah kita berdoa, mohon di permudahkan ALLAH, diberikan kita kemenagan...dijatuhkan kemungkaran n kezaliman...

ak nak kongsi sesuatu ngan kamu semua, sekarang ak bertambah yakin bahawa ALLAH itu MAHA ADIL..meh kita hayati kisah ini..

MALAM HARI Raya Aidil Fitri telah tiba. Kota Damaskus terang benderang oleh cahaya lampu beraneka warna. Takbir berkumandang terdengar bergema.

Dalam sebuah rumah yang sederhana, seorang wanita bertudung putih berkata kepada suaminya, "Abu Abdillah suamiku, esok hari raya. Anak kita tidak memiliki pakaian baru seperti anak2 jiran yg lain. Ini semua sikap borosmu!"

"Aku tidak boros, ak hanya memberikan hartaku dalam kebaikan dan demi membantu orang2 miskin yg memerlukan. Ini bukan suatu pembaziran, Ummu Abdillah,"jawab suaminya.

"Baiklah, ak minta sekarang , tulislah surat dan kirim kepada salah seorang sahabatmu yg baik hati dan ikhlas, agar mereka memberikan sebahagian hartanya kepada kita. Jika keadaan kita baik, Insya Allah akan kita ganti."

Abu abdillah memiliki dua orang teman karib yg berhati ikhlas. Mereka bernama Hamdi dan Usamah. Mendengar permintaan isterinya itu, dia segera menulis surat. Lalu, dia memberikan dia memberikan surat itu kepada pembantunya agar membawa kepada sahabatnya, Hamdi.

Hamdi membacanya dengan teliti. Dia terus mengetahui bahawa shbtnya yg pemurah berada dalam kesempitan dan kesusahan kerana tidak memiliki apa2.

Hamdi berkata kepada utusan Abu Abdillah, "Aku tahu tuanmu telah memberikan semua hartanya pada kebaikan. Ambillah bungkusan ini dan katakan kepada tuanmu, hanya inilah harta yang ak miliki pada malam hari raya ini."

Pembantu Abu Abdillah bergegas kembali kepada tuannya dan menyerahkan bungkusan pemberian Hamdi itu.

Abu Abdillah membuka bungkusan tersebut, ternyata isinya wang seratus dinar. Dia berkata kpd isterinya dgn penuh gembr, "Ummu Abdillah lihat ini, Allah telah menghatar seratus dinar kepada kita."

Isterinya pun sangat gembira dan berkata pd suaminya " Cepatlah pergi ke pasar dan belikan pakaian dan kasut baru untuk anak2 kita. jg jgn lupa membeli daging dan makanan lain."
Pada Saat Abu Abdillah bersiap-siap nak ke pasar terdengar seseorng mengetuk pintu. Abu Adbillah membuka pintu. Ternyata yg dtg adlh pembantu Usamah, shbtnya. Pembantu itu dtg membawa surat meminta pertolongan Abu Abdillah agar meminjamkan wang untuk membayar hutang yg tertunggak. Tanpa berfikir panjang, Abu Abdillah terus menyerahkan bungusan berisi wang seratus dinar yg berada di tgnnya kpd pembantu Usamah. Dia menyerahkan semuanya tanpa mengambil 1 dinar pun.

" Katakan pada Usamah . Segeralah langsaikan hutangnya malam ini juga," pesan Abu Abdillah pd pembantu tersebut.

Mengetahui hal tersebut terus shj Ummu Abdillah marah kepada Abu Abdillah yg lebih mementingkan shabtnya daripada anak2nya.
" kau ini sanggup melihat anak2 kita bersedih dan kelaparan. Kalau pun kau mahu membantu Usamah, mengapa tidak setangh daripada wang itu shj? Mengapa kau berikan semuanya?" ucap Ummu Abdillah dengan marah.
Suaminya menjaawab, "Temanku meminta pertolonganku. Bagaimana mungkin ak tidak membantunya? Aku juga tidak tahu adakah wang di dalam bungkusan tersebut cukup bg melangsaikan hutanya ataupun tidak."
Ummu Abdillah terdiam dan beristighfar bg meredakan kekesalannya kepada suaminya yg terlalu baik kepada org lain.
Beberapa jam kemudian, terdengar org mengetuk pintu. Abu Abdillah membuka pintu. Dia sangat terkejut ternyata yang dtg ialah sahabatnya, Hamdi. Serta-merta dia memeluk dan menyambutnya dengan terharu , lalu mempersilakannya masuk.
Setelah duduk Hamdi berkata, " Aku dtg ni kerana ingin bertanya kepadamu ttg bungkusan yg aku kirimkan kepadamu dan didalamnya ada seratus dinar?"
Abu Abdillah mengamati bungkusan itu penuh teliti. Dengan nada terkejut dia berkata, " Ya ...ya benar... ini adlh bungkusan itu. Ceritakanlah kepadaku, Hamdi, bagaimana bungkusan ini boleh kembali kepadamu?"
Hamdi lalu bercerita, " Ketika pembantumu dtg kepadaku membw surat mu ak berikan bungkusan itu dan itu adlh satu2nya harta yg ak miliki. Kerana ak tidak punyai apa2 lagi, maka ak terus menta bantuan dari Usamah. Betapa terkejutnya ak ketika Usamah memberikan bungkusan berisi seratus dinar, yg xlain adlh bungkusan yg ak kirimkan kepadamu tanpa kurang 1 dinar pun. Aku kagum! Untuk lebih yakin, ak bertanya kepadamu, benarkah ini bingkusan yg ak kirimkan kepadamu? Lantas ak datang ke sini untuk mengetahui hal yg sebenarnya."
Abu Abdillah tertawa kemudian berkata, "Usamah lebih mengutamakan kamu daripada dirinya sendri, dan memberikan bungkusan itu sebagaimanankamu lebih mengutamakan diriku daripada dirimu sendiri, Hamdi."
" Dan kamu lebih mengutamakan Usamah lebih daripada dirimu dan keluargamu. Ap pendptmu, Abu Abdillah jika kita bhg wang ini bertiga?" kata Hamdi sambil tersenyu.
" Abu Abdillah menjawb "Barakallahu fika, semoga Allah memberkatimu, Hamdi."
Akhirnya wang seratus dinar itu dibahagi 3.

Kisah keluhuran budi 3 lelaki ini didengari oleh khalifah. Khalifah sgt terharu , ternyata masih ad lg di kalangan umat Nabi Muhammad yg berjiwa mulia, bagaikan malaikat. Khalifah terus memerintahkan bendahara negara untuk memberikan hadiah kepada 3 lelaki tersebut. masing2 dihadiahkan sepuluh dinar ribu dinar.

Selepas menerima wang dari Khalifah Abu Abdillah terus sujud syukur dan kemudian menemui isterinya dengan muka berseri2.

"Ummu Abdillah, sekarg lihatlah, ap pendapatmu, adakah ALLAH menyusah kita?"

Isterinya menjwb dengan mata berkaca2. "Tidak suamiku. Demi ALLAH! Dia Maha Pemurah, Dia tidak menyusahkan kita. Bahkan, Dialah yg melimpahkan rezekiNya kepada kita, dgn tiada putusnya."

"Sekarang kau tahu isteriku...bahawa memberikan harta d jalan Allah adlh perniagaan yg pasti memberikan keuntungan dantidak rugi selamanya."

camne shbt2??? tersentuh x ngan cerita ni? byk sgt yg ak dapat drp cerita ni even cerita ini ringkas shj! Allah syg kita, DIA akan balas segala apa yg kita buat kat dunia ni, kdg ALLAH bg terus kat dunia ni tp ad jgk DIA xbg trus, sbrlah shbt. marilah sama2 kita ambk ikhtibar dr cerita ni, jgnlah kita berpecah, shbt yg sejati sgup berkorban demi shbtnya yg lain. cara Abu Abdillah mengajar isterinya pon ak suka, inilah ketua keluarga yg patut kita cari, even pengaruh seorg isteri sgt kuat tp dia mampu memimpin keluarganya...maaf if ad khilaf.
responla if sape2 ad perkongsian, mgkn kita boleh berkongsi ilmu yg kita ada.
Wallahualam...

3 comments:

shima said...

Terkesan di hati baca tentang kisah 3 sahabat.
Amat beruntung jika punyai shbt begitu dan
andai mampu utk ikhlas dlm bersahabat tapi ku tahu sukar utk dicapai.semoga satu hari nanti tercapai juga.

FIEFAH said...

insyaALLAH shima.. biasala klu kita buat baik kat org insyaALLAH org pon akan baik ngan kita. sahabat yg baik e2, shbt yg slalu mgajak kita kearah amar makruf nahi mungkar, ingtkan kita tyme kita lalai...:-)

smachian04 said...

"Jangan cakap pasal perjuangan kalau takut berkorban"-simple statement but yet powerful to penetrate deeply to those who reading this entry. Yes, in our life we need to sacrifice to achieve our dream. But, we should not sacrifice or change if it leads towards worse situation. Let we reflect a story from Mut'ah war. Khalid Al-Walid who was the leader that time retreated the muslim army from the war when many muslim army died. It did not mean he was chicken-hearted leader. Khalid Al-Walid membuat keputusan yang bijak. Beliau menarik kembali tentera Islam dalam perang mut'ah kerana kekurangan tenaga tentera. Di situ bukan kah akan memalukan islam? Islam menyerah kalah??
Tidak, itu hanya helah untuk menguasai Rome dengan cara yang lebih diplomatik, yakni dengan cara mengislahkan pimpinan tertingginya. Begitulah juga kehidupan kita. It is not necessary utk berkorban jika pengorbanan itu dapat menambah burukan keadaan. Ada masanya kita dapat x dpt bkorban sepunuhnya dan ada masa kita dpt bkorban sepenuhnya. Yang penting, kita perlu mengatur strategi dgn baik and work as team player-saling menampung kelemahan yg lain. Teringat kata2 saidina Ali ~ kebatilan yg tersusun dapat mengalah kebenaran yg kucar-kacir.