Saturday, January 15, 2011

mata LEBAH Vs mata LALAT..... yang mana satu pilihan saya??? dan sahabat juga....

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih,

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi kita Muhammad saw, serta para sahabat baginda...

untuk bercerita tentang mata lebah dan mata lalat, saya bukanlah orang yang tepat...tetapi di sini saya ingin berkongsi sedikit petikan yang saya dengar daripada motivasi pagi di IKIM...

ustz tersebut(maafkan saya di atas kekurangan kerana xsempat dengar nama ustz) bertanya kepada pendengar mana nak jadi, mata lebah ke mata lalat???




mula2 terkedu juga dengar, boleh ke nak pilih2, nak jadi mata lebah ke mata lalat? Pelik ni!!! tiba2 terpikir yang lebah ni banyak kelebihan, ALLAH dah pon bgtau kat kita dalam surah An-nahl:69 (sila rujuk ya)...

bagaimana dengan lalat pula? kita pon tahu kan bahawa lalat ni membawa penyakit kepada manusia, dan juga lalat ni simbol kepada kekotoran...

saya ingin mengajak kalian selami kedua mahkluk ciptaan ALLAH ni, kalau lah kita bawa kedua2 ekor lebah dan lalat ni ke taman bunga, apa yang akan kita nampak....semestinya kita akan lihat lebah akan seronok menghinggap di bunga2...menghisap madu.

tapi macam mana pula keadaan lalat?? lalat2... walaupun berbagai2 jenis bunga yang menarik berada di depan mata, tapi sampah juga menjadi pilihan hati, xnak pon hinggap kat bunga yang cantik dan menarik, yang ada madu....rugi x sahabat2 rasa??

sahabat2....

dapat x apa yang ingin disampaikan?

saya tidak menafikan kadang2 walaupun peluang terbuka luas didepan mata untuk mencapai kejayaan tetapi saya xgunakannya sebaik mungkin.... yang banyaknya dipengaruhi emosi...

tetapi mulai hari ini saya berazam ingin mencontohi mata lebah, selalu berfikiran positif, walaupun berada di sekitar sampah tapi bunga yang menarik juga akan di cari....InsyaALLAH..

Ayuh sahabat2 kita tanamkan minda yang positif setiap masa, walaupun dalam apa jua keadaan..sakit, susah.. kerana sesungguhnya minda positif mampu melawan emosi yang negatif...

wallahualam... :-)

0 comments: