Saturday, January 15, 2011

mata LEBAH Vs mata LALAT..... yang mana satu pilihan saya??? dan sahabat juga....

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih,

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi kita Muhammad saw, serta para sahabat baginda...

untuk bercerita tentang mata lebah dan mata lalat, saya bukanlah orang yang tepat...tetapi di sini saya ingin berkongsi sedikit petikan yang saya dengar daripada motivasi pagi di IKIM...

ustz tersebut(maafkan saya di atas kekurangan kerana xsempat dengar nama ustz) bertanya kepada pendengar mana nak jadi, mata lebah ke mata lalat???




mula2 terkedu juga dengar, boleh ke nak pilih2, nak jadi mata lebah ke mata lalat? Pelik ni!!! tiba2 terpikir yang lebah ni banyak kelebihan, ALLAH dah pon bgtau kat kita dalam surah An-nahl:69 (sila rujuk ya)...

bagaimana dengan lalat pula? kita pon tahu kan bahawa lalat ni membawa penyakit kepada manusia, dan juga lalat ni simbol kepada kekotoran...

saya ingin mengajak kalian selami kedua mahkluk ciptaan ALLAH ni, kalau lah kita bawa kedua2 ekor lebah dan lalat ni ke taman bunga, apa yang akan kita nampak....semestinya kita akan lihat lebah akan seronok menghinggap di bunga2...menghisap madu.

tapi macam mana pula keadaan lalat?? lalat2... walaupun berbagai2 jenis bunga yang menarik berada di depan mata, tapi sampah juga menjadi pilihan hati, xnak pon hinggap kat bunga yang cantik dan menarik, yang ada madu....rugi x sahabat2 rasa??

sahabat2....

dapat x apa yang ingin disampaikan?

saya tidak menafikan kadang2 walaupun peluang terbuka luas didepan mata untuk mencapai kejayaan tetapi saya xgunakannya sebaik mungkin.... yang banyaknya dipengaruhi emosi...

tetapi mulai hari ini saya berazam ingin mencontohi mata lebah, selalu berfikiran positif, walaupun berada di sekitar sampah tapi bunga yang menarik juga akan di cari....InsyaALLAH..

Ayuh sahabat2 kita tanamkan minda yang positif setiap masa, walaupun dalam apa jua keadaan..sakit, susah.. kerana sesungguhnya minda positif mampu melawan emosi yang negatif...

wallahualam... :-)

Sunday, January 2, 2011

" KISAH BINA RUMAH......"

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani,

Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerana dengan kasih sayangNya saya masih lagi dapat bernafas sehingga saat ini. Moga dengan waktu yang ada ini saya dapat manfaatkan sebaik mungkin.

Pengenalan

Sahabat-sahabat sekalian, pada entry kali ini saya ingin berkongsi sebuah cerita tentang membina rumah. Agak pelikkan untuk bercerita mengenai pembinaan rumah sedangkan kita bukan lah seorang kontraktor mahupun yang arif tentang rumah, tapi sahabat-sahabat saya percaya kalian semua mesti mempunyai cirri-ciri rumah impian.



Kisahnya......

Cerita ini bermula apabila seorang pemuda bercadang untuk membina sebuah rumah diatas tanah yang telah lama dimilikkinya. Struktur tanah tersebut agak baik kerana tanah tersebut bukanlah tanah gambut, yang ..... Pemuda ini mula membersihkan kawasan tersebut dengan kudratnya sendiri, hal ini dilakukan sendiri demi untuk menjimatkan perbelanjaan untuk membina rumah. Setelah itu, dia mula membeli simen dan pasir, digunakan sebahagian daripada wang simapannya. Digaulnya simen, pasir dan air untuk dijadikan tapak untuk rumahnya. Semestinya untuk mengukuhkan lagi tapak rumah beliau, supaya tidak mudah roboh. Sahabat-sahabat sekalian kita perlu tahu asas sesebuah adalah tapaknya, apabila kukuh tapaknya, insyaALLAH rumah yang dibina tidak mudah roboh.

Setelah hampir siap, pemuda tersebut didatangi seorang pak cik. Pak cik tersebut menawarkan tanah bersebelahan dengan tapak rumah pemuda tersebut dengan harga yang agak murah. Pemuda tersebut bersetuju untuk membelinya dengan menggunakan wang simpanannya. Beliau bercadang untuk menambah lagi keluasan tapak rumah beliau. Jadi kerja-kerja untuk membina tapak tambahan bagi rumah beliau dilakukan. Alhamdulillah dah hampir siap setelah berhempas pulas selama beberapa bulan.

Selang beberapa hari selepas tapak rumah pemuda tersebut siap, beliau berkira-kira untuk mula membuat dinding, tetapi hati beliau berbelah bahagi kerana ada dermawan yang telah mendermakan simen dan pasir yang banyak. Apa yang harus dilakukan, hendak ditambah lagi ke keluasan tapak rumahnya? Tanpa berfikir panjang beliau menggunakan keseluruhan wangnya untuk membeli lagi tanah di bahagian depan sehingga menjadikan tapak rumah beliau sangat besar.

Pada pendapat kalian? Bilakah akan siap rumah tersebut? Bagaimanakah dia harus mencari wang untuk menampung perbelanjaan bagi menyiapkan rumah beliau?

Kesimpulan

Sahabat-sahabat sekalian, adakah kita sebenar-benarnya tahu bagaimanakah bentuk dan ciri-ciri rumah yang kita inginkan? Saya bawakan analogy tersebut untuk kita sama-sama mengambil pengajaran. Asas pembinaan rumah adalah tapak yang kukuh, begitu juga dengan sebuah perkahwinan, asas agama perlu kita dalami sebelum melangkah ke alam tersebut. Bagaimana caranya? Carilah ilmu...... tapi sahabat-sahabat sekalian dalam dunia sekarang yang sangat rumit, kita seakan terleka dengan tawaran-tawaran yang hebat sehingga focus utama dimanipulasikan. Lihat sahaja pemuda tersebut, beliau gunakan seluruh wang simpanan beliau hanya untuk membina tapak, sedangkan tujuan utama beliau adalah untuk bina rumah bukan tapak sahaja. Astagfirullah al azim... sama-sama kita beristigfar memohon ALLAH menjaga kita, tidak kufur dengan nikmat yang diberikan olehNYA. Janganlah kita melebihkan apa yang sudah sedia cukup bagi kita. Saya mengajak diri saya dan kawan-kawan untuk melihat kembali sirah, bagaimana saidina Ali yang pulang ke rumah dan bertanya kepada isterinya, Siti Fatimah apa yang boleh dimakan oleh mereka pada hari ini. Siti Fatimah menjawab hanya sebiji tamar. Saidina Ali berkata syukurlah, lihat lah sahabat, zuhud menjadi peneman hidup para sahabat nabi.

Saya hanya insan lemah, mohon maaf jika ada khilaf.

Harap sahabat dapat membetulkan.

Wallahualam...