Saturday, August 14, 2010

BOLEHKAN AKU MEMILIH...


Bismillahirahmanirrahim...
alhamdulillah masih diberikan kudrat oleh ALLAH kepada diri ini untuk ku menggerakkan jari jemari menaip pada pagi ini.

sudah ku putuskan untuk tidak menaip dan post apa2 pun, tetapi mata xmampu menutup walaupun hari dah mahu siang, ku pujuk hati ini untuk menulis.

Episode hidup ini makin mencabar nampaknya, hari-hari yang ku lalui semester ini nampaknya agak suram berbanding dengan semester2 yang lepas. perjalanan masa setiap hari kurasakan sangat lambat, ini mungkin kerana tiada seindah sebelumnya, apapun sabarlah wahai hati, hidup ini xselalunya cerah. aku yang memilih untuk extend, kerana itu juga diriku haruslah bersabar kerana inilah jalan yang ku pilih. susah! memanglah, tiada apa yang senang dalam dunia ini.

kadang2 diri ini tertanya2 juga, beratnya ujian ni MU ya ALLAH, bolehkah diri ini menghadapinya? sedangkan segala kudrat sudah menampakkan kelamnya, seperti awam hitam yang ingin meludahkan hujan. bagaimana mampu ku ingin berlari? padahal merangkak pon ku rasakan seakan sangat susah seperti meniti di atas kaca yang bertaburan, mungkin kaki tidak berrdarah, tapi kaca akan masuk kedalam isi dan ianya akan tersimpan kemas di situ.

hati ini seakan gersang, menagih dinginnya embun pada pagi hari....
bilakah ia akan muncul???

ya ALLAH ya tuhanku, hanya KAU yang aku sembah ya ALLAH.
aku memilih untuk redha dengan ketentuanMU walau apa pun yang akan terjadi, bimbinglah diriku ini ya ALLAH, KAU lebih mengetahui isi hati ini, apa yg terbaik untuk diri ini. ku pohon pandanglah diri ini walaupun sejenak...

wallahualam...

0 comments: