Wednesday, April 21, 2010

KRING...KRING...KRING....

Bismillahirahmanirrahim.
Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayng,
Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw.

Hari ini alhamdulillah hari kedua terakhir saya menduduki peperiksaan akhir bagi sem ini, tadi paper pengurusan sumber manusia(Human Resource). subjek yang hanya saya seorang sahaja dalam kos saya yang mengambil subjek tersebut pada sem ni, tapi tidak mengapa kerana saya meminati untuk mendalami subjek tersebut.

Sebelum saya masuk kepada tajuk entry saya pada kali ini molek lah kiranya saya mengajak sahabat mengamati suarah al taubah 9:122.

" Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang Mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalamkan pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu berjaga-jaga."

MENUNTUT ILMU ITU JUGA NAFAR.

Faulana nafara...
Keluar menuntut ilmu digelar Allah dengan kalimah nafara, iaitu kalimah yang lazimnya hanya terguna pada mengungkapkan soal keluar berjihad perang di jalan Allah. Pemilihan kalimah ini harus kita teladani, bahawa Allah mahu kita melihat proses menuntut ilmu di jalan Allah sebagai suatu medan tempur. Justeru persiapan kaum yang keluar berperang, harus juga menjadi persiapan yang sama buat penuntut ilmu di jalan Allah. senang ke sahabat nak berjihad ni??? banyak kerna korban, sanggup ke??? persoalan ni saya tujukan untuk diri yang hina ini juga, kesal juga rasanya selama dah 21 tahun hidup ni tapi masih tidak sedar yang kita ni manusia tidak akan berguna jika kita tidak berilmu. macam mana kalau banyak ilmu tapi tidak beradab??? entah lah, susah juga nak ulas benda tersebut, yang maha mengetahui sahaja tahu setakat mana ilmu kita, tapi kita sama2 berusaha belajar beradab dengan ilmu yang kita ada. walaupun sedikit ilmu, tapi kita beradab dengan ilmu yang kita ada, lagi molek rasanya...sama-sama kita renung-renungkan ya sahabat.

sebenarnya petang tadi, lepas solat asar "KRING3".... dapat panggilan daripada ayah, ayah cakap, adik bongsu saya nazrul asyraf dah sampai termimpi-mimpi nak bercakap dengan saya, so saya pon layan la dia cakap tadi. dia bagitau yang esok ada hari keluarga anjuran syarikat tempat ayah bekerja kat pantai bachok. so dia kata ayah nak bawak semua ahli keluarga pi ke sana. Ala mesti best, tak de la peluang saya dan bersama-sama mereka...xpe mungkin lain masa.. nazrul(panggilan manja yang kami bg kat dia ialah yo). katanya lagi, " kak long bilo nak balik??? dah lama la kak long xbalek. kak ah ( adik ke2 ku) kato, dio nak balek ari sabtu ni...along plop bilo???"
saya menjawab, " dalam 2 minggu la kot, bakponyo?? yo rindu ko along ko?", tanya ku lagi Dia terus menjawab "i love u along"...

wah terpana daku mendengar ungkapan tersebut dari seorang adik yang ku rindui....ni kata2 cinta daripada seorang adik kepada seorang kakak, saya rasa sangat bahagia. lepas bagi daku ungkapan cinta, terus dia bagi nset kepada ayahku, mungkin malu kot...so sweet la kamu nazrul...i love u 2 my little bro...Alhamdulillah... tima kasih Allah kerna mengurniakan aku ibu bapa sebaik mereka, adik2 yang ambil berat antara satu sama lain (semoga keluarga kita terus bersatu dunia dan akhirat...sama2 doakan ya), tima kasih Allah kerana bagi aku peluang merasai bahagia bersama mereka. moga kami sekeluarga mendapat redhaMU.

p/s: i'll waiting 4 ur becoming call my little bro...heheh


0 comments: