Thursday, April 29, 2010

APA YANG TAK KENA SEBENARNYA???


Bismillahirahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani,
selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw.

xde kata yang ingin saya coretkan pada entry kali ini, kerana saya tidak mahu kalian dapat membaca hati ini, tapi yang pastinya arini saya rasa ada yang xkene dengan diri saya. entahlah kenapa. tapi dalam hari jugak satu terdengar a lagu ni...
saya taipkan lirik lagu ini untuk kita kongsi sama2...

SATU CINTA( STARFIVE)

Ku memohon dalam sujudku padamu

Ampunkanlah segala dosa dalam diri

Ku percaya KAU bisa meneguhkan

pendirian ku

Keimananku

Engkau satu cinta

Yang selamanya aku cari

Tiada waktu ku tinggalkan

Demi cintaku padamu

Walau seribu ringtangan kan menghadang dalam diri

Ku teguhkan hati ini hanya padamu

Ku pasrahkan

Ohhh... Tuhan selamatkanlah hambaMu ini dari segala fatamorgana dunia

Ohhh... Tuhan jauhkanlah hambaMu ini dari hidup yang sia-sia


cuba perhatikan gambar tersebut, pada mulanya saya pon tidak tahu kenapa saya pilih gambar ini, tapi ada sesuatu yang menarik hati saya, tinggi air tersebut boleh dikatakan tinggi la jugak, dan mata air yang kat atasnya asalnya dari bawah juga...begitu jugak dengan kita tinggi mana pon kita, kita kena ingin yang kita ni sama semuanya...hamba ALLAH juga,( ingtan untuk saya juga). air tersebut yang berada di atas ( berada di udara) akan jatuh juga, tapi kemana ia akan jatuh??? atas air semula ataupun ke tempat lain (atas tanah ke)... itulah apa yang dah ditetapkan ALLAH semestinya adalah ketentuanNYA. jika ALLAH hendak berikan pada kita, tiada siapa yang dapat menghalang, jika tidak mugkin ada hikmahNya...

p/s: go through ur life wif a big heart and big smile... ;-)

sape2 yang nak dengar lagu ni boleh la layari...

http://www.youtube.com/watch?v=i_S6wGEOXuw

Wednesday, April 21, 2010

KRING...KRING...KRING....

Bismillahirahmanirrahim.
Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayng,
Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw.

Hari ini alhamdulillah hari kedua terakhir saya menduduki peperiksaan akhir bagi sem ini, tadi paper pengurusan sumber manusia(Human Resource). subjek yang hanya saya seorang sahaja dalam kos saya yang mengambil subjek tersebut pada sem ni, tapi tidak mengapa kerana saya meminati untuk mendalami subjek tersebut.

Sebelum saya masuk kepada tajuk entry saya pada kali ini molek lah kiranya saya mengajak sahabat mengamati suarah al taubah 9:122.

" Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang Mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalamkan pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu berjaga-jaga."

MENUNTUT ILMU ITU JUGA NAFAR.

Faulana nafara...
Keluar menuntut ilmu digelar Allah dengan kalimah nafara, iaitu kalimah yang lazimnya hanya terguna pada mengungkapkan soal keluar berjihad perang di jalan Allah. Pemilihan kalimah ini harus kita teladani, bahawa Allah mahu kita melihat proses menuntut ilmu di jalan Allah sebagai suatu medan tempur. Justeru persiapan kaum yang keluar berperang, harus juga menjadi persiapan yang sama buat penuntut ilmu di jalan Allah. senang ke sahabat nak berjihad ni??? banyak kerna korban, sanggup ke??? persoalan ni saya tujukan untuk diri yang hina ini juga, kesal juga rasanya selama dah 21 tahun hidup ni tapi masih tidak sedar yang kita ni manusia tidak akan berguna jika kita tidak berilmu. macam mana kalau banyak ilmu tapi tidak beradab??? entah lah, susah juga nak ulas benda tersebut, yang maha mengetahui sahaja tahu setakat mana ilmu kita, tapi kita sama2 berusaha belajar beradab dengan ilmu yang kita ada. walaupun sedikit ilmu, tapi kita beradab dengan ilmu yang kita ada, lagi molek rasanya...sama-sama kita renung-renungkan ya sahabat.

sebenarnya petang tadi, lepas solat asar "KRING3".... dapat panggilan daripada ayah, ayah cakap, adik bongsu saya nazrul asyraf dah sampai termimpi-mimpi nak bercakap dengan saya, so saya pon layan la dia cakap tadi. dia bagitau yang esok ada hari keluarga anjuran syarikat tempat ayah bekerja kat pantai bachok. so dia kata ayah nak bawak semua ahli keluarga pi ke sana. Ala mesti best, tak de la peluang saya dan bersama-sama mereka...xpe mungkin lain masa.. nazrul(panggilan manja yang kami bg kat dia ialah yo). katanya lagi, " kak long bilo nak balik??? dah lama la kak long xbalek. kak ah ( adik ke2 ku) kato, dio nak balek ari sabtu ni...along plop bilo???"
saya menjawab, " dalam 2 minggu la kot, bakponyo?? yo rindu ko along ko?", tanya ku lagi Dia terus menjawab "i love u along"...

wah terpana daku mendengar ungkapan tersebut dari seorang adik yang ku rindui....ni kata2 cinta daripada seorang adik kepada seorang kakak, saya rasa sangat bahagia. lepas bagi daku ungkapan cinta, terus dia bagi nset kepada ayahku, mungkin malu kot...so sweet la kamu nazrul...i love u 2 my little bro...Alhamdulillah... tima kasih Allah kerna mengurniakan aku ibu bapa sebaik mereka, adik2 yang ambil berat antara satu sama lain (semoga keluarga kita terus bersatu dunia dan akhirat...sama2 doakan ya), tima kasih Allah kerana bagi aku peluang merasai bahagia bersama mereka. moga kami sekeluarga mendapat redhaMU.

p/s: i'll waiting 4 ur becoming call my little bro...heheh


Sunday, April 4, 2010

PENGALAMAN DI PEJABAT TABUNG HAJI...

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad SAW, penghulu 'anbiya dan juga para nabi.

bermulanya...

sabtu lepas, 3hb april, ALLAH memberikan saya kesempatan untuk bersama2 dengan beberapa orang rakan ke pejabat Tabung Haji, Bandar Baru Bangi, berkujungnya kami ke sana bukan sebagai kunjungan biasa, harapan kami sebelum pegi ialah untuk menjalankan khidmat masyarakat. Lebih kurang dalam pukul kami 8.30 kami berkumpul diperkarangan masjid, kak samsiah(pegawai pengurusan haji) datang mengambil kami untuk ke sana. kami berlima rasa segan la jugak, ya lah bukan nya pernah jumpa pon, ni 1st tyme la. apapun kak sam ni seorang yang peramah, pertanyaan beliau membuatkan keadaan dingin bertukar jadi mesra.

sesudah sampai kami dihidangkan dengan sarapan, alhamdulillah ALLAH bg rezeki pada awl pagi. selepas menjamu selera kami dipecahkan ke beberapa bahagian untuk menjalankan tugas kami. pada mulanya k.fizah, akma dan saya kena buat pemfailan, tapi kak jannah mintak saya menolong beliau dalam penyediaan surat untuk diposkan kepada para pelanggan tabung haji.
Saya ok je, ikut beliau, yg terkejutnya beliau persilakan saya dok atas kerusi pegawai... wah ni 1st tyme saya merasa dok atas kerusi pegawai ( at least klu xde rezeki nak jadi pegawai bank pon, xpela ALLAH dah bg peluang untuk saya merasainya, tima kasih ya ALLAH, nikmat yg KAU bg xterhingga).

" akak nak fifah taip surat, then print then masukkan surat tersebut berserta dengan buku tabung haji sekali dalam envelope untuk diposkan ya"
"baik kak"
erm, ni jugak 1st tyme saya blaja nak print dengan menggunakan mesin fotostat, nak masukkan kertas yang betul dalam tray, hah... jangan xtau, nak lipat surat pon ada style sendiri tau...fuhh...lety jugak ya kerja kat bank ni. xpe asalkan minat semua mesti senang kan.

Dalam tengah dok buat kerja, tiba2 mereka (staf kat tabung haji) ajak celebrate birthday seorang pak cik ni( lupa nama), mereka buat kejutan dengan menutup mana pak cik dan sediakan 1 biji kek...alahai sweet betul kan, event dah tua2 pon ada orang masih ingt birthday pak cik. mereka macam sangat baik sesama sendiri, walaupun masih kena kerja hari sabtu tapi mereka enjoy dengan kerja mereka, lebih tepat lagi dengan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. gurau senda dan nyanyian daripada seorang staf menampakkan bahawa mereka sangat rapat.



dalam pukul 5, kami semua pulang. kak sam yang hantarkan..
apa yang saya nak kongsikan kat sini dalam kita berorganisasi ni kita jaga hubungan perusahaan (Industrial relation), hubungan kita sesama pekerja dan majikan, saya kagum la dengan mereka, meraka mengamalkan prinsip ini dalam organisasi mereka.
jangan kita lupa juga, Islam pon ada ajar kita pasal konsep takruf(berkenalan), tafahum(memahami) dan tahfiz(bergerak kerja).
indahnya islam 2 ya, lengkap...

Friday, April 2, 2010

MY LEISURE TYME WIF...

Bismillahirahmanirahim.

last 2 week i went to KLIBF, fantastic, amazing and hapy sgt tyme 2, seeing a lot of book. i jz wondering if i could buy all the book by my own money... haha mesti xleh punya, saya bukan lah money freedom, semua benda boleh beli.. byk beli buku??? ada la sket2, sebelum pi PWTC 2 saya sudah plan dah mana buku yg nak beli...

  1. Kitab Penenang Hati-imam al_ghazali terjemahan "Mukasyafah Al-Qulub"
  2. Kembara Hamba Mencari Ilmu - Hilal Asyraf
  3. Indahnya Hidup Bersyarat - Dato' Ismail Kamus
  4. Versus - Hlavote
  5. Are u Afraid of the dark? - Sidney Sheldon
  6. Nothing Lasts Forever - Sidney sheldon

alhamdulillah la semua buku yang di idamkan di temui..hehe.
I already told myself datz i must finish reading all the book i bought by the end of dis year...
hope so ,
bkn sahaja dapat hbskan pembacaan tapi boleh manfaatkan ilmu yang dibaca...ada my frenz tanya, fifah ko ni xrasa rugi ke bli banyak buku? i hanya tersenyum. saya punyai impian sendiri, nak ada library dalam rumah sendiri suatu hari nnt. so masa ni la masanya untuk kumpul buku banyak2, impian ini tersemat dalam diri bila saya baca kisah Imam Hassan Al-Banna. Beliau membuat sebuah bilik untuk dijadikan perpustakaan untuk anak-anaknya belajar. Bguskan...hope i'll make it someday somehow...




Arini saya telah hbskan pembacaan novel Hlovate , best critanya. saya ikuti novel Hlavote sejak tahun ke2 di Universiti, saya suka jalan ceritanya, mugkin dlu2 ada cita2 nak pi oversea kot...live kat negara org banyak cabarannya, akan buat kita lebih kuat, ALLAH jaga kita secara trus, bestkan. dan dalam novel Versus ni jugak menceritakan, camne seseorang 2 boleh berubah, "people can change". yes i absolutely agree, berubah macamne???
hope better than before kan.. huhu.

entahla xtau nak crita camne but novel 2 rasa mcm dekat ngan saya je.

apa yang saya nak stresskan kat sini ialah, apapun ilmu yang kita dapat, xkiralah daripada pembacaan ke, pengalaman ke ataupun pemerhatian ke, kita kena hargainya, Biarlah sedikit tapi ia diaplikasikan dengan adatnya sekali, untuk bahagian untuk menilai ilmu seseorang tu banyak mana, bukan urusan kita, 2 kerja ALLAH, jgn kita pandai2 nak ambik alih (nasihat untuk diri sendiri jugak). tapi molek kiranya jika kita sama2 muhasabah diri, cukup dah ke ilmu yang kita ada? sebagai seorang pemimpin... renung2kan shbt2..

let fate fare you better..